Ahli politik atau politikus (politician) adalah seseorang yang aktif dalam politik sesebuah parti atau yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Ahli politik mengusul, menyokong dan menggubal undang-undang atau dasar pemerintahan negara dan masyarakat.
Umumnya, ahli politik adalah seseorang yang berusaha untuk mendapatkan kuasa politik dalam mana-mana institusi birokrasi kerajaan.
Ahli politik banyak bercakap untuk mendapat sokongan. Isi bicaranya ada yang fakta dan ada yang auta.
Ahli politik banyak berjanji untuk mendapatkan undi. Janjinya ada yang dipenuhi dan ada yang tinggal janji sahaja.
Ahli politik banyak berfikir. Berfikir untuk mendapat sokongan dan berfikir untuk bertaubat.
Ahli politik mudah disanjung oleh masyarakat dan mudah tidak disukai.
Ahli politik mudah bersatu walaupun musuh dan mudah bercerai walaupun sahabat.
Ahli politik mudah memberi senyum waktu belum berjawatan dan mudah sombong bila sudah berjawatan.
Ahli politik ditunggu-tunggu kehadirannya ketika berkuasa dan tidak dipedulikan setelah kuasanya hilang.
Ahli politik mencari kawan ketika belum berkuasa dan meninggalkan kawan bila sudah berkuasa.
Ahli politik boleh memajukan negara dan boleh memundurkannya.
Ahli politik boleh cepat kaya dan boleh habis harta.
Ahli politik senang dapat tanah yang luas tapi berakhir dengan tanah yang secebis.
Itulah ahli politik biasanya...
No comments:
Post a Comment