Kita digalakkan untuk bersedekah kerana sedekah itu boleh membuat orang lain gembira. Jangan lihat sedekah itu wang sahaja tetapi juga lain-lain seperti barang-barang, makanan, tenaga dan buah fikiran termasuk senyuman.
Orang yang menerima wang akan gembira dan jika penerima itu satu orang bermakna dia seoranglah yang gembira. Jika penerima itu ramai bermakna ramailah yang gembira.
Sesuatu yang kita hulurkan itu membuat penerima gembira merupakan sedekah. Ini bermakna untuk membuat seseorang itu gembira banyak caranya atau dengan kata lain bersedekah itu banyak caranya.
Kita dapati ramai juga yang memberi buah fikiran baik dalam Facebook. Melalui firkirannya itu katakan ada satu orang gembira. Jika dia berjaya menghasilkan buah fikiran setiap hari dan setiap hari itu juga terdapat satu orang gembira bermakna seramai 365 orang gembira dalam setahun. Jika 10 orang sudah tentu sejumlah 3650 orang gembira dalam masa setahun sahaja.
Dalam agama kita, Tuhan akan mengambilkira perbuatan seseorang itu walaupun sekecil-kecil zahrah.
Jom menulis sebagai sedekah untuk mengembirakan orang lain.
People happy we happy.