Tuesday, December 28, 2021

16. BENDERA PENJARA MALAYSIA

Teringat juga tahun 2008 semasa menjadi Timbalan Ketua Pengarah Penjara di mana Ketua Pengarah Penjara, Datuk Mustafa Osman bersetuju dengan ciptaan bendera baru menggantikan yang lama atas kehendak Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ciptaan dari segi bentuk dan warna itu dilakukan oleh saya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan begitu juga dari segi maksud warna itu juga drp saya sendiri. Menariknya ketika ditunjukkan kpd Menteri, beliau bersetuju tapi warna hijau hendaklah diganti dgn biru dan tak perlu ada warna hijau.
Akan tetapi Datuk Mustafa dan Tn Nordin sbg Pengarah Latihan (sekarang KJP Dato’ Nordin) ketika itu merayu supaya diletak juga warna hijau sbg jalur kecil bersama jalur kuning dan putih. Alasannya disebabkan warna hijau itu adalah warna tradisi Jabatan Penjara Malaysia.
Menteri bersetuju dan sebab itulah warna biru dan merah menjadi dominan bendera baru yg pada asalnya hijau dan merah. Apa pun keputusan itu tidak menjejaskan tentang bentuk cadangan asalnya.