Kita gembira kerana ramai orang Islam masuk sekolah tahfiz al Quran. Perkembangan dalam tempoh satu dekad lepas sangat menggalakkan. Setiap negeri mempunyai beberapa sekolah tersebut.
Perkembangan itu menarik dan baik untuk melahirkan insan yang beriman dan bertakwa. Cuma satu perkara yang perlu diberi penekanan ialah tentang pengertian makna setiap ayat Quran yang dihafal itu. Kita bukan orang Arab, jadi kita tidak boleh hafal Quran cara mereka kerana mereka tidak perlu belajar bahasa Arab disebabkan sudah pun mengerti bahasa ibunda mereka.
Setiap pelajar hendaklah bukan setakat menghafal tetapi memahami maknanya juga. Ini sudah tentu akan memberi kebaikan yang jauh lebih banyak dengan hanya menghafal semata-mata ala Melayu.
Sudah sampai masanya kita yang sudah merdeka 62 tahun membentuk anak-anak kita dalam pendidikan yang lebih praktikal dan pemikiran yang lebih dinamik.
No comments:
Post a Comment